Saturday, December 28, 2013

Kealpaan Daku, Maafkanku!

              Kaca Mata!

                           Spek mata....yaaaah saya salah seorang yang memakai spek mata. Tanpanya hari-hariku ibarat hilangnya pelangi selepas hujan. Inilah hidup seorang pemakai spek mata, memulakan harinya selepas bangun tidur dengan memakai spek mata dan akan mengakhri harinya dengan menanggalkan spek mata sebelum tidur. Someone said to me, "Why not kita try applikasikan situasi spek mata dengan kehidupan kita hari-hari. Pagi-pagi time bangun tidur ambil Al- Quran baca and then malam time nak tidur baca Al- Quran".

                           Hidup ini terlalu indah pabila ditambah dengan manisnya Ukhwah Fillah yang tak pernah terlintas dalam hidup ini, daku adalah insan yang terpilih untuk mengenali MEREKA. Syukur Alhamdulillah ku ucapkan kepadaMu diatas pemberianMu ini. Hari ini telah membuka kaca mata saya bahawa secara tidak sengaja saya telah mengecewakan, menyakiti hati seorang sahabat dengan meninggalkannya seorang diri pabila dia memerlukan seorang sahabat untuk membimbingnya dikala dirinya hanyut. Sungguh itu bukanlah niatku, itu adalah kealpaan daku, maafkan daku! 

                     Ada satu cerita pasal sahabat, nak dengar tak?? Cerita dia lebih kurang macam nilah..orang Cina kata chabuduo :)
                            Pada suatu hari, ada dua orang sahabat di ladang buah kurma, tiba-tiba salah seorang daripada mereka lapar. Lalu sahabat A bertanya kepada sahabat B. "B siapakah empunya ladang ini? saya lapar la, saya nak minta izin kepadanya untuk makan buah kurma ini." Lalu B menjawab " Makan sajalah buah kurma ini, kerana ladang kurma ini tidak ada tuannya". Mereka berdua pun makanlah buah kurma tersebut. Tiba- tiba si B teringat bahawa ladang kurma tersebut mempunyai tuannya. Si B pon berkata kepada Si A" Jom kita pergi minta maaf kepada tuan ladang kurma ini". Tetapi malangnya Si A tidak mahu mengikut Si B pergi meminta maaf kepada tuan ladang kurma tersebut kerana takut dimarahi tuan ladang kurma tersebut.Si A berkata kepada Si B" Bagaimana kalau tuan ladang kurma ini tidak mahu memaafkan kita dan mahu kita bekerja seumur hidup dengannya?" Si B menjawab."Saya tetap mahu berjumpa dengan tuan ladang kurma ini  untuk meminta maaf walaupun tuan ladang kurma ini tidak mahu memaafkan dan mahu saya bekerja dengannya seumur hidup saya. Namun sayangnya Si A tetap berkata "Saya tetap tidak mahu pergi berjumpa dengan tuan ladang kurma , saya hanya mahu bertaubat kepada Allah." Lalu Si B berkata kepada Si A" Baiklah, jika itu adalah keputusan awak kita putus sahabat." Lalu mereka berdua pun masing-masing membawa haluan sendiri. Sewaktu dalam perjalanan menemui tuan ladang kurma Si B terdengar ada suara orang tengah berdoa di bawah sepohon pokok. Doa itu berbunyi " Ya Allah, aku sangat sedih Ya Allah, sahabatku telah meninggalkan daku sewaktu daku melakukan kesalahan dan dia  tidak mahu membimbing daku ke jalan yang benar, Engkau ampunilah dosa-dosa sahabatku." Rupa-rupanya tuan empunya ladang kurma tersebut adalah Si A. Si A sengaja berbuat demikian kerana ingin tahu sama ada jika dia membuat kesalahan adakah Si B akan menyedarkan dan membimbingnya ke jalan yang betul atau meninggalkannya seorang diri.

                     Kisah sahabat ini menyedarkan saya bahawa jika kita sayangkan sesorang dan orang yang kita sayang itu membuat kesalahan kita mesti taknak lihat orang yang kita sayang itu terus berada dalam keadaan salah kan. Saya rasa tak ada orang dalam dunia ni suka hidup sorang-sorang kan, so samalah juga bagi kita, takkanlah nak masuk syurga sorang-sorang mesti nak bawak kawan-kawan kita juga kan. Kita tak boleh tinggalkan sahabat kita, kita umat Islam kan semuanya bersaudara !


     Mereka pelangi ku












Izzati, budak Kedah..loghat Kedah xkan penah hilang....Hidup KEDAH !!


Kalu dengan Alia nyh memang suka buat iklan ubat gigi...kan alia kan :)


Ayat yang ditadabur pada usrah kali ni



Bergambar dengan MC...cantek kan MC kitaorg 



First time sleep over dkt Bailou bersama-sama usrahmate..Sarapan bersama..




Semoga ikatan ukhwah yang telah terbina ini akan menjadi lebih akhrab... Saya sayang awak semua kerana Allah !