Monday, January 6, 2014

Kehidupan...Ujian Hadiah Dari Allah



                   Pagi hariku bermula dengan bersarapan roti bakar menggunakan rice cooker hasil tunjuk ajar seniorku Kak Ain yang dah grad tahun lepas. Serius xbohong...sedap giler roti bakar tue dan....akhirnya rice cookerku juga telah mengakhiri hayatnya selepas beberapa minit. Serius ni pun xbohong, sedih kowth. Terima kasihlah kerana dah berkhidmat dengan aku lebih kurang setahun. Maaf jodoh kita xpanjang. 谢谢你的合作啊! 

                    Tanpa membuang masa saya pun bersiap untuk teman Ainul pergi buat spek mata. Awal tahun nie dah dua kali pegi teman kawan buat spek. Dan....untuk mengelakkan rasa sedih semasa tengah iron baju saya pun call la mommy. Accually call sebab nak cakap hari nie bufday abang sambil-sambil cita laa rice cooker baru rosak. Bole pulak tue time dok iron tudung pulak terbakar. Mommy...! tudung dah belubang niyhhhh !! Mommy cakap awat yang macam nyh nie haaa.....Astaghfirullah...Mommy cakap haaa nie nakkuar teman Ainul nihh hati-hati sikit. Bila ingat Mommy cakap macam tue rasa seram kowth..Nauzubillah
Sebelom ni Ainul ada ajak pi Ligong, so alang-alang rice cooker dah xda niyh baik pegi Ligong beli rice cooker baru.

Can I call this cutie girl 15 kuai girl??...hehe

Rambang mata tengok spek

Antara bran yang ada...牌子_brand

takde keja...snap pics laa

               Lepas dah beli barang, rice cooker and buat spek Ainul terus gi makan dekat Laoban. Malas dah nak masak. Sedey lagi kowth time tue...hehehe

tangsulijin (lebih kurang sweet sour) and baicai(sayur kubis)

My new baby...selamat berkhidmat!!



               
                Hidup tak selalunya indah. Jika pengalaman kita semuanya manis-manis belaka pasti hidup kita ini tidak seperti pelangi kan??? Sebenarnya, pahitlah yang lebih mengajar kita untuk menjadi lebih matured. Yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. A very close friend to me always say 'every things happend for a reason'.


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. 
(al-Baqarah 286)

                     Lepas kelas terus gi makan dulu...perut mau kasi penoh dulu laa
Tengah tunggu makanan..lapar!

Wo de !

sedap!!

Peace...selamat makan!
                                  Nie adalah kali kedua datang solat dekat Masjid Haidian. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bersolat di Masjid Haidian lagi. Walaupun xsebesar Masjid Niujie tapi sudah cukup untuk menenteramkan jiwa, Alhamdulillah.
Masjid Haidian..yang nie bahagian lelaki

Muslimat nak solat Asar

Sebelum nk balik

Just two of us

Again..just two of us

Depan pintu masuk Masjid Haidian

                      " ALLAH ADALAH KEKUATAN, UNTUK MENCARI KEKUATAN CARILAH ALLAH"

Thursday, January 2, 2014

Goodbye 2013, Welcome 2014 !

         Last Day In 2013  

                       
                          Jujur memang tak sangka langsung yang hari ni adalah hari terakhri bagi tahun 2013. Bila dok sembang-sembang dengan kawan-kawan baru terperasan. Hari ni jugak banyak benda yang berlaku. Classmates memang sangat rajin memasak. Ada yang bawak lebih kurang cup cakes laaa, sedap sangat. Ada jugak yang try buat agar-agar, katanya tengah testing nak tengok perisa apa yang lagi sedap. Satu jenis tue perisa gula merah yang satu lagi perisa apa entah..Oppss sory terlupa laa...tp dua-dua sedap (ye laa dah makan free msetilah sedapkan !).

Cup cake chocolate

Agar-agar

                     Lepas habis kelas terus ke kantin universiti.Teringin nak makan boluogulaorou, dah lama tak makan. Boluogulaorou ni lebih kurang macam ayam masak sweet sour pluss dengan nenas laa.  Makanan nilah makanan pertama yang paling sedap dekat kantin universiti time mula-mula saya sampai Beijing and makanan ni memang favourite students Malaysia. Sory laa takde pic laa pulak.

                      Lepas habis makan kitaorang terus pegi solat dekat surau kitaorang. Pukul 1 p.m adalah waktu bagi pelajar perempuan untuk solat Zohor. Actually hari ni kitaorang ada exam Bahasa Inggeris.Oh My English!!! Exam nie dibuat untuk melihat dimanakah tahap Bahasa Inggeris kitaorang. So, kitaorang un buatlah cikit revision (revision lah sangat!)

Alia tengah menulis cerita


Hasil dari revision!

Ainul memulakan cerita baru

Org lain sebok buat revision tp akuuu...hehehe

nie laah adek saya

Yang angkat tangan tue lah pengarah cerita

Okeyh dah menjadi

Comel tak??

Fiza nampak sekerat jew...

Maaf..rehat sebentar besama camera

Okeyhh Atiqah sedang menyambung cerita

                     Exam habis awal dari yang dijangkakan. Dah habis exam terus pegi ambil basikal, sekali tengok basikal dah jatuh macm biasa dekat bawah. Maybe angin kuat sangat kowth. Okeyh yang tue xpa. Sekali bila dah kayuh basikal, basikal tue pulak mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dah tu tengah dok kayuh lagi rantai basikal pulak jatuh. Tak pandai la pulak nak letak balik rantaii basikal tue tapi nasib baik ada sorang abag jaga nyh baik hati datang tolong. Kesian abang jaga tue, dia punya glove habis jadi hitam.
Terus pegi kedai basikal untuk betulkan apa yang patut.

Pakcik nie baik giler kowth...Pakcik nyh bila tgok tangan saya hitam sebab minyak hitam rantai basikal dia terus g ambil sabun dalam rumah dia suruh saya cuci tangan



kena tukar 1 skru jew un habis RMB25


                         Malam tue dah xda keja sangat so apa tunggu lagi...cooking time laaa!! Dari minggu lepas lagi dah beli barang untuk buat pai roti cuma masa jew yang tak mengizinkan.Senang jew nak buat pai roti nyhndah tue sedap pulak tue.
Yang loyang putih tu Atiqah punya yang loyang hitam tu saya punya.
baru masak..

Yummy...Thanks 4 d recepi Long Som!


 First Day In 2014

                      Hari nie awal- awal pagi dah ada meeting. Meeting dengan Jejak Dunia VS Korea. Lebih kurang dari pukul 8 am lebih sampailah ke pukul 11am lebih baru habis meeting tue. Banyak hal berbangkit yang diutarakan dalam meeting tue. Sambil makan kitaorang makan-makan minum-minum. Setiap org dah dibahagikan dengan tugasan masing-masing so diharapkan setiap org dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan baik..InsyaAllah..
Antara ahli Jejak Dunia
                      Habis meeting terus pegi teman Alia g buat spek mata baru.Katanya spek mata lama dah hilang. So,sapa-sapa yang masih ada mata yang elok tue jagalah mata anda baik-baik.

Sapa yang nak buat spek mata sebenarnya nyh ??

Antara spek yang menarik hati Alia

Tengah mencuba spek...Nyh lah org yang nak buat spek matanye

Ainul tanya..ada nampak macm doktor tak ?? nmpak nerd adalaa..hehehe

Alia tgh test power ...

                                Orang kata 'let bygones be bygone' yang dah lepas tu lepas lah. Tahun baru mulakan dengan azam yang baru. Apa azam baru saya ekk ?? Jawapan dia biarlah rahsia...hehehe...



[Al-an`am :32]
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mengerti akan umurnya bukan semakin muda, bahkan semakin tua, dan amalannya bukan sedikit bahkan semakin bertambah,insyAllah.

 


 







              

Saturday, December 28, 2013

Kealpaan Daku, Maafkanku!

              Kaca Mata!

                           Spek mata....yaaaah saya salah seorang yang memakai spek mata. Tanpanya hari-hariku ibarat hilangnya pelangi selepas hujan. Inilah hidup seorang pemakai spek mata, memulakan harinya selepas bangun tidur dengan memakai spek mata dan akan mengakhri harinya dengan menanggalkan spek mata sebelum tidur. Someone said to me, "Why not kita try applikasikan situasi spek mata dengan kehidupan kita hari-hari. Pagi-pagi time bangun tidur ambil Al- Quran baca and then malam time nak tidur baca Al- Quran".

                           Hidup ini terlalu indah pabila ditambah dengan manisnya Ukhwah Fillah yang tak pernah terlintas dalam hidup ini, daku adalah insan yang terpilih untuk mengenali MEREKA. Syukur Alhamdulillah ku ucapkan kepadaMu diatas pemberianMu ini. Hari ini telah membuka kaca mata saya bahawa secara tidak sengaja saya telah mengecewakan, menyakiti hati seorang sahabat dengan meninggalkannya seorang diri pabila dia memerlukan seorang sahabat untuk membimbingnya dikala dirinya hanyut. Sungguh itu bukanlah niatku, itu adalah kealpaan daku, maafkan daku! 

                     Ada satu cerita pasal sahabat, nak dengar tak?? Cerita dia lebih kurang macam nilah..orang Cina kata chabuduo :)
                            Pada suatu hari, ada dua orang sahabat di ladang buah kurma, tiba-tiba salah seorang daripada mereka lapar. Lalu sahabat A bertanya kepada sahabat B. "B siapakah empunya ladang ini? saya lapar la, saya nak minta izin kepadanya untuk makan buah kurma ini." Lalu B menjawab " Makan sajalah buah kurma ini, kerana ladang kurma ini tidak ada tuannya". Mereka berdua pun makanlah buah kurma tersebut. Tiba- tiba si B teringat bahawa ladang kurma tersebut mempunyai tuannya. Si B pon berkata kepada Si A" Jom kita pergi minta maaf kepada tuan ladang kurma ini". Tetapi malangnya Si A tidak mahu mengikut Si B pergi meminta maaf kepada tuan ladang kurma tersebut kerana takut dimarahi tuan ladang kurma tersebut.Si A berkata kepada Si B" Bagaimana kalau tuan ladang kurma ini tidak mahu memaafkan kita dan mahu kita bekerja seumur hidup dengannya?" Si B menjawab."Saya tetap mahu berjumpa dengan tuan ladang kurma ini  untuk meminta maaf walaupun tuan ladang kurma ini tidak mahu memaafkan dan mahu saya bekerja dengannya seumur hidup saya. Namun sayangnya Si A tetap berkata "Saya tetap tidak mahu pergi berjumpa dengan tuan ladang kurma , saya hanya mahu bertaubat kepada Allah." Lalu Si B berkata kepada Si A" Baiklah, jika itu adalah keputusan awak kita putus sahabat." Lalu mereka berdua pun masing-masing membawa haluan sendiri. Sewaktu dalam perjalanan menemui tuan ladang kurma Si B terdengar ada suara orang tengah berdoa di bawah sepohon pokok. Doa itu berbunyi " Ya Allah, aku sangat sedih Ya Allah, sahabatku telah meninggalkan daku sewaktu daku melakukan kesalahan dan dia  tidak mahu membimbing daku ke jalan yang benar, Engkau ampunilah dosa-dosa sahabatku." Rupa-rupanya tuan empunya ladang kurma tersebut adalah Si A. Si A sengaja berbuat demikian kerana ingin tahu sama ada jika dia membuat kesalahan adakah Si B akan menyedarkan dan membimbingnya ke jalan yang betul atau meninggalkannya seorang diri.

                     Kisah sahabat ini menyedarkan saya bahawa jika kita sayangkan sesorang dan orang yang kita sayang itu membuat kesalahan kita mesti taknak lihat orang yang kita sayang itu terus berada dalam keadaan salah kan. Saya rasa tak ada orang dalam dunia ni suka hidup sorang-sorang kan, so samalah juga bagi kita, takkanlah nak masuk syurga sorang-sorang mesti nak bawak kawan-kawan kita juga kan. Kita tak boleh tinggalkan sahabat kita, kita umat Islam kan semuanya bersaudara !


     Mereka pelangi ku












Izzati, budak Kedah..loghat Kedah xkan penah hilang....Hidup KEDAH !!


Kalu dengan Alia nyh memang suka buat iklan ubat gigi...kan alia kan :)


Ayat yang ditadabur pada usrah kali ni



Bergambar dengan MC...cantek kan MC kitaorg 



First time sleep over dkt Bailou bersama-sama usrahmate..Sarapan bersama..




Semoga ikatan ukhwah yang telah terbina ini akan menjadi lebih akhrab... Saya sayang awak semua kerana Allah !